#Melancong atau Bercuti
POSTED ON Wednesday, October 31, 2012 AT 4:12 AM \\


wahh, Legoland? hahhaa. bukan tidak mahuku pergi. tapi banyak faktor yg tak cukup. bukan beri alasan. tapi belum masa lagi. mungkin dipenghujung tahun ni aku nak memiliki Android atau Iphone. apa apa pun aku tetap akan melangkah ke Legoland dengan dia suatu hari nanti. Boleh kan sayang:? :D hehehe. Kalau pun duit banyak, banyak benda nak buat. kalau dia nak shopping aku pun nak shopping. pilihan destanasi aku utk melancong atau bercuti tempat yg berpantai, hotel ada jacuzzi, and overseas. Sabah pun overseas jugak kann :P hehehe. Aku akan pastikan hidup aku tak kaya raya, cukup lah senang dan sederhana. duit aku akan habiskan kat bercuti dan melancong dengan isteri dan keluarga. biarpun aku terpaksa pakai kancil sekalipun. aku nak isteri aku pakai Myvi Kuning idaman dia. hehehe. aku sederhana takpe yg penting tak susah. tolenransi yg bijak dapat menghidupkan suasana harmoni antara aku dan dia. harap dia boleh pahami keadaan, situasi dan kerenah aku. aku tak memilih, yang penting dia bahagia dengan aku. Susah senang aku nak dia. Memang kalau diikutkan dalam garismasa hadapan aku ngn dia tak tiba lagi. tapi perancangan dan usaha sudah boleh dimulakan untuk menghadapi dan mengharungi liku like masa depan dengan si dia. Dan aku berharap Masa depan aku yg menunggu sentiasa sedia menghadapi dugaan dan cabaran utk menyayangi, mencintai, dan mengasihi Nazurah Binti Mohd Noor. 


" Rasa macam nak ajak Azri pergi Legoland. Nak tak sayang? :)" -(Zura,2012)

#Hubungan Jarak Jauh
POSTED ON Monday, October 29, 2012 AT 3:24 AM \\


Jauh dari jasad, tapi aku tetap ingat dia adalah tanggungjawab aku. aku kena belajar berjauhan bersama si dia. Apa pun yang aku buat. mesti teringat kat dia. mesti ada cerita. Kalau aku ternampak kereta Toyota Unser, tu pun boleh jadi punca aku igt kat dia. sebab ayah dia selalu bawak aku dan dia naik kereta tu. kadang kadang jiwa kacau jugak bila tgk gambar dia. lagi lagi gambar berdua. Ahh. rindu pulak bila asyik melihat senyuman dia. bila melihat senyuman dia, pelbagai telatah kerenah si dia terlintas dalam imaginasi aku.  bukan tak suka. tapi aku boleh merana kerinduan kat si dia. aku sangat beruntung sebab dia paham, bila aku kat rumah aku, memang jarang nak texting or BBM. maklum lah. aku ni busy je memanjang. tolong mak abah. hehehe. kadang kadang banyak masa aku habis kat tido and main game. rasa macam tak patut buat camtu. tapi dia tetap diam dan bersabar. adakah ini patut? adakah dia okay okay sahaja dengan perangai aku macam ni. seriously, kadang kadang aku terasa macam BF tak guna sebab kadang kadang lansung tak text or BBM. teruk sangat ke? hmm. aku harap, dia tak simpan rasa ketidakpuashati kat aku. dan berharap rindu ini membuatkan aku dan dia lebih menyayangi dan menghargai masing masing. Dengan kadar jarak jauh yang boleh mematahkan pinggang kalau bawak moto, hmm sangat sukar utk berjumpa. mungkin inilah ujian kesetiaan aku. dan aku harap aku terus berperangai mcam ni dan makin bertambah baik hubungan aku dia dan keluarga dia. aku cinta dia. aku sayang dia. AKU RINDU NAZURAH!!


.JUWITA.:" 2 without you "

#Masa Hadapan Dan Kerjaya
POSTED ON Sunday, October 28, 2012 AT 1:41 PM \\


Aku? Kerja? Hahaha. Keinginan aku nak berniaga. macam macam yang aku nak niagakan. Punca rezeki 9/10 datangnya daripada berniaga. Makan gaji atau berkerja dibawah arahan orang 1/9 rezeki. Tapi Allah dah tentukan rezeki masing masing. Adakah aku akan berkerja di dalam bidang pengajian aku sekarang ni? Ada mungkin aku bekerja sebagai pustakawan. Jauh dari hasrat dan bayangan aku. kalau ye pun dalam bidang pengajian aku, mesti berkaitan dengan sistem atau kerja yang berkait dengan IT. tak nak aku hadap record or manage Library. tidak sedikit pun aku rasa ingin memilih kerjaya itu. bukan memilih. tapi aku tak minat. aku lagi suka kerja yang relax. Photographer ke? Business Franchise ke? kann. hahaha. itu apa yang aku fikirkan selepas membaca tweet dia berkenaan kerjaya. Mak dia minta aku apply menjadi Polis. katanya amik pangkat sarjan. Aku? Polis? Hahahha. bukan aku tak suka polis. tapi komitmen seorang penjawat awam. tahu tahu lah kan. aku bukan jenis orang yg suka kerja bawah orang. rasa rugi masa. daripada makan gaji. baik aku meniaga. macam parent dia. meniaga. tak tahu lah sejak bila mereka meniaga. aku rasa lama dah, Alhamdulillah boleh je menyara 5 orang anak. #Respect. Suka aku ingatkan meniaga adalah cita cita aku. aku nak senang bukan kaya. hidup sederhana dan bahagia. duit banyak hutang banyak buat apa? aku tak nak serabut segala. aku akan usaha sehabis baik utk memulakan perniagaan aku. apa yang aku akan niagakan? nanti kan di post pada tahun 2015. hahahaha :P 

"@azritorres mak suruh awak apply jadi Polis. Jadi sarjan ke. Hahahahaha."
- dipetik daripada Twitter 

#Inilah yg aku mahukan
POSTED ON Tuesday, October 23, 2012 AT 8:31 AM \\





Hari kedua aku berada dirumah Zura. Family dia sgt terbuka. aku sangat selesa bersada disini. rasa macam sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Sangat seronok bila dilayan macam ni. dengan suasana sederhana yg selalu aku idamkan. ini yg aku mahu. ini yg aku inginkan. aku juga dilayan oleh adik beradik seperti adik beradik. kimia aku dengan keluarganya mula menampakkan hasil ayah dan emak dia juga berikan layanan kat aku macam menantu. itu sangat membuatkan aku terharu. tapi hari kedua, Zura tewas dengan bantal, tido awal masa aku menaip post ni. keletihan berjalan Jusco Tebrau City tgk wayang filem "TED". hahaha, ceritanya comel, seronok, sedih, dan banyak mencarut. hahaha. tapi Zura happy sangat hari ni. nafsu makan dia macam ada Baby dalam perut. semua nak dimakannya. hehehe. Sukar aku gambarkan kegembiraan aku. tak dapat aku tafsir senyuman yg selalu aku ukirkan setiap hari bersama Nazurah, :)


"Nazurah, I Love You and your Family too."


#Sedia atau tidak?
POSTED ON Sunday, October 21, 2012 AT 12:11 PM \\

aku yg selalu sering khayal berangan dan bermadah indah sedikit pun pada mulanya tidak terfikir hingga ingin mempercepatkan ikatan hubungan aku dengan dia. maklum lah, aku ni student lagi kan. banyak benda lagi aku nak fikir, jadinya memang tidak terfikir lah nak masuk meminang anak dara orang. tapi setelah diceritakan apa yg mak dia cakap kat dia, nampaknya memang aku tak jangka lansung yg mak dia suruh dia bertunang dengan aku bulan 3 tahun depan menggantikan majlis perkahwinan kakak sulongnya yg ditangguhkan atas sebab sebab tertentu. macam macam cara aku cuba respon, paling tepat dan muhasabah adalah gembira bercampur kelam kabut. hahahaha. aku rasa terharu pun ada. mak ayah dia yg suruh. bagi aku ini adalah peluang utk aku mengeratkan hubungan dan ikatan aku pada dia. siapa sangka, kalau ada rezeki dan jodoh aku aku ngn dia kahwin dlu pada kakak dia ke kn? fuhhh. tak tau lahh. mcm ada surprise lagi je yg akan mengejutkan aku. aku bersedia utk menggalas tanggungjawab. pada kasarnya, tidak nampak lah aku mempunyai harta, tapi insyaAllah, semua itu boleh diusahakan habis baik. 


"Perkara yang tidak dijangka sentiasa akan menduga, tapi aku tak pernah anggap ini dugaan. ini adalah peluang aku untuk memilikinya secara sah dan bersulamkan restu."


#JohorBahru Part 1
POSTED ON Friday, October 19, 2012 AT 9:28 AM \\



Semuanya berlaku sekelip mata, selapas kami berbaik masa raya. dalam fikiran aku, Dia agak susah jugak nak terima aku. agak susah nak pujuk dia. aku rasa malu pun ada. tapi sekian lama tak berhubung aku cuba telefon dia, tanya khabar. dan setiap responnya, Alhamdulillah, dia okay je. dia pun agak malu setelah hampir 2 bulan tidak berhubung. aku rapatkan diri dengan dia dengan cara belajar. cara tu je dapat yakinkan dia yg aku ada point nak jumpa dia. suatu malam aku terniat nak ceritakan isi hati dan apa yang terniat dulu, pada mulanya aku terangkan kenapa aku cuma hanya nak berkawan. aku tak nak dia sakit hati bila "couple" dengan aku, aku main kayu 3. masa tu aku belum ready nak serius dengan mana mana perempuan. semua utk suka suka. apa yg rancang semua ni. memang aku nak dia berjauhan dan terputus hubungan sementara. takut jugak bila berjauhan dia ada yg lain. apa nak buat. memang betul dia ada orang lain masa aku dengan dia berjauhan. tak di nafikan lah aku memang lagi banyak lahh kan. aku pun tak boleh lah salah kan dia. dia pun anak hidup bahagia. itu semua cerita lama. di pengakhiran semester 5, aku cuba mendekati dia, fahami dia, dan pastikan dia tersenyum selalu. apa yg aku mahukan, setiap pagi aku disinari cahaya senyuman si dia menghiasi hari hari aku. alangkah indahnya jika semua itu berlaku.

bermula daripada kisah ni, ni adalah sambungan kepada kisah BB. hehehe. masa cuti "study week". dia balik dulu lepas selesai perbentangan "ENT 300" dan "test Record". aku yg masih terpinga pinga menyiapkan baki tugasan "ent 300" iri hati tgk dia balik. dia cakap, family dia mengalu alukan kedatangan aku. aku yg masih keliru antara JB atau KL destinasi cuti "study week" memilih JB setelah diyakinkan dia. wow. JB. buat pertama kalinya aku ke Bandar yg terletak di Selatan Malaysia menikmati keindahan bercuti di bandar orang. dia datang menjemput aku bersama kak long nya di stesen Bas Larkin. Agak kekok mulanya dengan kak long. tapi kakak dia sporting je. suka aku dengan layanan adik beradik dia. tiba je aku kat rumah, aku terus bersalaman dengan ayah dia. Kata mak dia, "Azri, rumah mak ni tak besar sangat. bersepah sikit." aku pun terus cakap " Mak, rumah saye lagi teruk bersepahnya, saye okay je.". tak sangka mereka sekeluarga sangat baik hati.

Kalau dulu, persepsi aku terhadap orang JB, sombong, berlagak, tapi aku salah. itu sesetengah orang yg memburukkan nama baik JB. orang JB peramah dan baik sangat. Setiap pagi, dia kejutkan aku dan sediakan sarapan nasi lemak atau bihun goreng. sajian sarapan yg sedap dan menyelerakan di pagi hari. rasa macam suami bila makan dilayan sebegitu rupa.



*akan bersambung nanti....

#BlackBerry
POSTED ON AT 8:12 AM \\




Kisah ni bermula dengan satu"dinner IMS" semester 5. aku pelawa dia pergi bersama tapi, tahulah perempuan, masa ni dia malu-malu lagi. daripada sem4 kenal, kita tak pernah ada gambar berdua. itu lah katanya yg selalu buat rasa nak duduk semeja dengan dia. Biasalah geng geng dia, Sahida, Alia, Ieja, Kecik, dan wani. nak dijadikan cerita, satu meja cukup utk 10 orang. aku yg datang dengan Fandi tinggalkan dia dengan Azariq & Wawa. hahhaa. susah nak cerita situasi "awkward" macam tu. aku pun lepak lah semeja dengan Zura. aku jatuh kan ego perasaan malu aku utk duduk semeja dengan dia. Malam tu sangat bertuah bagi aku, hadiah cabutan bertuah malam tu merupakan BlackBerry 8520. nombor bertuah aku 129. tapi Cik Mail sebut dari belakang. Alia cakap "Azri ada harapan". "nombornya 129!"-jelas suara Cik Mail. aku pun bangun dengan rasa yg teramat sangat gembira. meluap luap rasa kegembiraan sampai tak tau macam mana nak respon. hehe, yg terkejut sebab, hampir setengah org dalam dewan tu berdiri bersorak sebab aku menang. wahh. malam tu aku dihurungi sahabat sahabat yg tidak berputus asa merayu mintak BB yg aku menang tu. hahaha. aku pedulikan je permintaan diaorang. Hari berlalu dengan pantas. dengan busy assignment itu ini, aku tak tahu nak buat apa dengan BB tu. nak jual sayang, nak guna pun takde "extra function" daripada sedia ada (Curve 9220). setelah mendengar  rintihan Dia sebelum Dinner tempoh hari, "I siap suruh Emak Doakan supaya i menang BlackBerry." aku rasa, dia sesuai utk mengguankan hadiah ni. pada mulanya aku nak bagi pinjam je. tapi, bila dia dah pakai. rasa sesuai sangat dengan dia. aku rasa bahagia bila dapat berkongsi apa yg aku ada. walaupun aku dapat free. keputusan aku nak bagi dia BB tu agak berat jugak pada mulanya. tapi bila fikirkan kebaikannya, aku boleh BBM dia selalu. bukan tu je, for the first time, mak dia cakap dengan aku on the phone, "Baiknya awak bagi handphone dekat Zura". aku rasa macam nak berguling guling kegembiraan.


"Kenapa bagi i pakai BB yg baru ni? biarlah i pakai yang lama"



#Aku & Dia
POSTED ON AT 7:28 AM \\

Hari aku semakin indah bila dia terima aku kembali dalam hidup dia. aku tau banyak salah aku pada dia. tapi dia tetap memberi aku peluang utk mencintai dan menyayangi dia. sungguh pun dulu aku tak pernah "declare" dengan dia, sebab aku tak nak dia teruka dengan perangai "playboy" aku. ake sedar dan aku tahu bukan senang nak terima org yg berperangai macam aku. suka mainkan hati perempuan. tapi kali ini tidak. dia betul betul meyakinkan aku yang dialah org yg aku pilih utk menjadi masa depan aku. sikap dia yg selalu bersabar dengan aku membuat aku rasa sangat diberikan perhatian. kata dia "I Love you No matter what". itu lah yg selalu buat aku teringatkan kat dia. susah nak percaya yg dia kini milikku.


-"Hehehe . Macam tak percaya kita macam ni kan . Dulu punya lahhh benci i dekat u . Betul org tua cakap, kalau benci kat seseorang tu, suatu hari kita akan sayang kat dia. So now, I sayang kat u, I cintakan u. And i want to be with you, always." - (NazurahMN,2012)