#BlackBerry
POSTED ON Friday, October 19, 2012 AT 8:12 AM \\




Kisah ni bermula dengan satu"dinner IMS" semester 5. aku pelawa dia pergi bersama tapi, tahulah perempuan, masa ni dia malu-malu lagi. daripada sem4 kenal, kita tak pernah ada gambar berdua. itu lah katanya yg selalu buat rasa nak duduk semeja dengan dia. Biasalah geng geng dia, Sahida, Alia, Ieja, Kecik, dan wani. nak dijadikan cerita, satu meja cukup utk 10 orang. aku yg datang dengan Fandi tinggalkan dia dengan Azariq & Wawa. hahhaa. susah nak cerita situasi "awkward" macam tu. aku pun lepak lah semeja dengan Zura. aku jatuh kan ego perasaan malu aku utk duduk semeja dengan dia. Malam tu sangat bertuah bagi aku, hadiah cabutan bertuah malam tu merupakan BlackBerry 8520. nombor bertuah aku 129. tapi Cik Mail sebut dari belakang. Alia cakap "Azri ada harapan". "nombornya 129!"-jelas suara Cik Mail. aku pun bangun dengan rasa yg teramat sangat gembira. meluap luap rasa kegembiraan sampai tak tau macam mana nak respon. hehe, yg terkejut sebab, hampir setengah org dalam dewan tu berdiri bersorak sebab aku menang. wahh. malam tu aku dihurungi sahabat sahabat yg tidak berputus asa merayu mintak BB yg aku menang tu. hahaha. aku pedulikan je permintaan diaorang. Hari berlalu dengan pantas. dengan busy assignment itu ini, aku tak tahu nak buat apa dengan BB tu. nak jual sayang, nak guna pun takde "extra function" daripada sedia ada (Curve 9220). setelah mendengar  rintihan Dia sebelum Dinner tempoh hari, "I siap suruh Emak Doakan supaya i menang BlackBerry." aku rasa, dia sesuai utk mengguankan hadiah ni. pada mulanya aku nak bagi pinjam je. tapi, bila dia dah pakai. rasa sesuai sangat dengan dia. aku rasa bahagia bila dapat berkongsi apa yg aku ada. walaupun aku dapat free. keputusan aku nak bagi dia BB tu agak berat jugak pada mulanya. tapi bila fikirkan kebaikannya, aku boleh BBM dia selalu. bukan tu je, for the first time, mak dia cakap dengan aku on the phone, "Baiknya awak bagi handphone dekat Zura". aku rasa macam nak berguling guling kegembiraan.


"Kenapa bagi i pakai BB yg baru ni? biarlah i pakai yang lama"