#Hubungan Jarak Jauh
POSTED ON Monday, October 29, 2012 AT 3:24 AM \\


Jauh dari jasad, tapi aku tetap ingat dia adalah tanggungjawab aku. aku kena belajar berjauhan bersama si dia. Apa pun yang aku buat. mesti teringat kat dia. mesti ada cerita. Kalau aku ternampak kereta Toyota Unser, tu pun boleh jadi punca aku igt kat dia. sebab ayah dia selalu bawak aku dan dia naik kereta tu. kadang kadang jiwa kacau jugak bila tgk gambar dia. lagi lagi gambar berdua. Ahh. rindu pulak bila asyik melihat senyuman dia. bila melihat senyuman dia, pelbagai telatah kerenah si dia terlintas dalam imaginasi aku.  bukan tak suka. tapi aku boleh merana kerinduan kat si dia. aku sangat beruntung sebab dia paham, bila aku kat rumah aku, memang jarang nak texting or BBM. maklum lah. aku ni busy je memanjang. tolong mak abah. hehehe. kadang kadang banyak masa aku habis kat tido and main game. rasa macam tak patut buat camtu. tapi dia tetap diam dan bersabar. adakah ini patut? adakah dia okay okay sahaja dengan perangai aku macam ni. seriously, kadang kadang aku terasa macam BF tak guna sebab kadang kadang lansung tak text or BBM. teruk sangat ke? hmm. aku harap, dia tak simpan rasa ketidakpuashati kat aku. dan berharap rindu ini membuatkan aku dan dia lebih menyayangi dan menghargai masing masing. Dengan kadar jarak jauh yang boleh mematahkan pinggang kalau bawak moto, hmm sangat sukar utk berjumpa. mungkin inilah ujian kesetiaan aku. dan aku harap aku terus berperangai mcam ni dan makin bertambah baik hubungan aku dia dan keluarga dia. aku cinta dia. aku sayang dia. AKU RINDU NAZURAH!!


.JUWITA.:" 2 without you "