#JohorBahru Part 1
POSTED ON Friday, October 19, 2012 AT 9:28 AM \\



Semuanya berlaku sekelip mata, selapas kami berbaik masa raya. dalam fikiran aku, Dia agak susah jugak nak terima aku. agak susah nak pujuk dia. aku rasa malu pun ada. tapi sekian lama tak berhubung aku cuba telefon dia, tanya khabar. dan setiap responnya, Alhamdulillah, dia okay je. dia pun agak malu setelah hampir 2 bulan tidak berhubung. aku rapatkan diri dengan dia dengan cara belajar. cara tu je dapat yakinkan dia yg aku ada point nak jumpa dia. suatu malam aku terniat nak ceritakan isi hati dan apa yang terniat dulu, pada mulanya aku terangkan kenapa aku cuma hanya nak berkawan. aku tak nak dia sakit hati bila "couple" dengan aku, aku main kayu 3. masa tu aku belum ready nak serius dengan mana mana perempuan. semua utk suka suka. apa yg rancang semua ni. memang aku nak dia berjauhan dan terputus hubungan sementara. takut jugak bila berjauhan dia ada yg lain. apa nak buat. memang betul dia ada orang lain masa aku dengan dia berjauhan. tak di nafikan lah aku memang lagi banyak lahh kan. aku pun tak boleh lah salah kan dia. dia pun anak hidup bahagia. itu semua cerita lama. di pengakhiran semester 5, aku cuba mendekati dia, fahami dia, dan pastikan dia tersenyum selalu. apa yg aku mahukan, setiap pagi aku disinari cahaya senyuman si dia menghiasi hari hari aku. alangkah indahnya jika semua itu berlaku.

bermula daripada kisah ni, ni adalah sambungan kepada kisah BB. hehehe. masa cuti "study week". dia balik dulu lepas selesai perbentangan "ENT 300" dan "test Record". aku yg masih terpinga pinga menyiapkan baki tugasan "ent 300" iri hati tgk dia balik. dia cakap, family dia mengalu alukan kedatangan aku. aku yg masih keliru antara JB atau KL destinasi cuti "study week" memilih JB setelah diyakinkan dia. wow. JB. buat pertama kalinya aku ke Bandar yg terletak di Selatan Malaysia menikmati keindahan bercuti di bandar orang. dia datang menjemput aku bersama kak long nya di stesen Bas Larkin. Agak kekok mulanya dengan kak long. tapi kakak dia sporting je. suka aku dengan layanan adik beradik dia. tiba je aku kat rumah, aku terus bersalaman dengan ayah dia. Kata mak dia, "Azri, rumah mak ni tak besar sangat. bersepah sikit." aku pun terus cakap " Mak, rumah saye lagi teruk bersepahnya, saye okay je.". tak sangka mereka sekeluarga sangat baik hati.

Kalau dulu, persepsi aku terhadap orang JB, sombong, berlagak, tapi aku salah. itu sesetengah orang yg memburukkan nama baik JB. orang JB peramah dan baik sangat. Setiap pagi, dia kejutkan aku dan sediakan sarapan nasi lemak atau bihun goreng. sajian sarapan yg sedap dan menyelerakan di pagi hari. rasa macam suami bila makan dilayan sebegitu rupa.



*akan bersambung nanti....