#Sedia atau tidak?
POSTED ON Sunday, October 21, 2012 AT 12:11 PM \\

aku yg selalu sering khayal berangan dan bermadah indah sedikit pun pada mulanya tidak terfikir hingga ingin mempercepatkan ikatan hubungan aku dengan dia. maklum lah, aku ni student lagi kan. banyak benda lagi aku nak fikir, jadinya memang tidak terfikir lah nak masuk meminang anak dara orang. tapi setelah diceritakan apa yg mak dia cakap kat dia, nampaknya memang aku tak jangka lansung yg mak dia suruh dia bertunang dengan aku bulan 3 tahun depan menggantikan majlis perkahwinan kakak sulongnya yg ditangguhkan atas sebab sebab tertentu. macam macam cara aku cuba respon, paling tepat dan muhasabah adalah gembira bercampur kelam kabut. hahahaha. aku rasa terharu pun ada. mak ayah dia yg suruh. bagi aku ini adalah peluang utk aku mengeratkan hubungan dan ikatan aku pada dia. siapa sangka, kalau ada rezeki dan jodoh aku aku ngn dia kahwin dlu pada kakak dia ke kn? fuhhh. tak tau lahh. mcm ada surprise lagi je yg akan mengejutkan aku. aku bersedia utk menggalas tanggungjawab. pada kasarnya, tidak nampak lah aku mempunyai harta, tapi insyaAllah, semua itu boleh diusahakan habis baik. 


"Perkara yang tidak dijangka sentiasa akan menduga, tapi aku tak pernah anggap ini dugaan. ini adalah peluang aku untuk memilikinya secara sah dan bersulamkan restu."